rawatan terapi gantian metadon dan buprenorphine

Friday, 25 March 2011

saudara saya adalah penagih yang lain dari yang lain...


Apakah tanggapan umum masalah penagihan dadah? kenapa seseorang penagih itu menagih sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya? adakah tiada langsung kesedaran, keinsafan di hati setiap penagih?

Masyarakat memang memandang jijik najis dadah. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah ini adalah dianggap mereka yang tidak berguna, sampah masyarakat, mayat hidup, sendiri yang cari pasal, penjenayah dan pelbagai lagi cop yang negatif. Ini adalah kerana jenayah-jenayah yang telah dilakukan dan keadaan diri penagih itu sendiri. Memang patut masyarakat beranggapan begitu kerana ia benar-benar terjadi.

Bagaimana pula tanggapan mereka sekiranya ahli keluarga atau saudara mereka pula yang terjebak dalam masalah penagihan ini? sedikit berbeza... alasannya: kerana mereka adalah saudara saya, saya kenal dia dari kecil sampai besar, tak mungkin dia ambil dadah, dia tak bersalah tetapi kawan dia yang bersalah, dia dipergunakan, masalah kecil sahaja ni dan dia akan berubah lepas teguran dan bermacam-macam lagi alasan yang dilogikkan. Memang patut kerana dia adalah saudara saya. Tapi adakah ia sepatutnya berlaku... pendapat saya tidak patut.

Ini kerana alasan2 inilah yang menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan rawatan. Semakin lewat mendapat rawatan semakin teruk tahap penagihan seseorang itu....
jika dulu cukup dengan ganja/marijuana... sekarang perlu heroin.
jika dulu cukup dengan satu tiub heroin... sekarang perlu 1/2 peket.
jika dulu cukup dengan 1/2 peket... sekarang perlu 1 peket.
jika dulu cukup dengan 'chased'... sekarang perlu sekali-sekala jap/cucuk.
jika dulu cukup dengan heroin... sekarang perlu tambah syabu, eramine5, dll

jadi adakah kita perlu berlengah untuk mendapatkan rawatan?

2 comments:

  1. assalamualaikum,
    pada pendapat sy, masalah penagihan ini lebih kepada masalah perangai(attitude)berbanding masalah perubatan (bukan sejenis penyakit). seorang penagih itu perlu di betulkan dahulu perangai nya dan kemudian barulah boleh sembuh. Mcm mana perubatan moden (saya fikir tuan dr menggunakan perubatan moden) boleh memulihkan dgn menggunakan ubat?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbt.

    terima kasih tuan salek kerana bertanya. sebenarnya soalan tuan salek ni saya hendak kupas dalam blog2 yang akan datang... dalam perubatan moden penagihan dadah adalah tergolong dalam penyakit otak kekal(permanent brain disease). ia bukan semata-mata melibatkan attitude. ia adalah lebih luas dan termasuk masalah attitude tadi.
    Bagi mereka yang menghidap penyakit ini kebanyakan mereka berfikir bahawa penyakit ini adalah gian (physical withdrawal) dan gangguan fikiran/otak kacau (psychological withdrawal)semata-mata. Jadi, sekiranya gian dan otak kacau ini dapat diatasi, maka mereka sudah pulih. Sebenarnya tidak. Pemulihan tidak semudah itu. Maksud pulih adalah lebih luas (akan dikupas kemudian)
    sekiranya difikirkan semula, apakah perangai-perangai penagih yang umum? antaranya cepat marah, suka mencuri, suka menipu, asyik menyalahkan orang lain, diri sendiri sahaja yang betul, tidak jujur, tidak boleh dipercayai dan lain2 lagi...
    Kita ambil contoh suka mencuri. kenapa penagih suka mencuri? sebab mereka perlu beli dadah, sebab mereka tengah gian, tetapi mereka tiada duit. malah mereka tidak diterima bekerja.
    Tetapi bagi golongan bukan penagih pula.. kenapa mereka mencuri? kerana nak makan sedap, kerana nak pakai baju lawa-lawa, kerana nak pakai kereta besar, kerana nak beli rumah besar...
    perangai yang sama (mencuri) tetapi, tujuan yang berbeza. nampak tak.
    Rawatan ubat moden akan mewaraskan fikiran pesakit, menghilangkan gian, dan membolehkan pesakit bekerja dan menjadi seperti orang biasa. Pada ketika itu mereka sudah tidak memerlukan dadah lagi, jadi mengapa perlu mereka mencuri.
    wallahualam.

    ReplyDelete